'Air Tangan Ibu'
Masakan Mak adalah masakan yang paling sedap. Begitulah selalunya yang dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah sesiapa yang berjauhan dari mak mesti merindui masakannya. Saya pun tak terkecuali. Rindu masakan mak adalah sesuatu yang sangat sukar ditandingi. Walaupun kadangkala kita pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tapi itu sume tak boleh menandingi masakan mak. Mengapa?
Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakkannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan mak, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.
Tapi betol ke air tangan tu yang bagi kelazatan pada makanan? betol ke macam tu? Sebenarnya bukan macam tu...air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Tetapi, air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih sayang seorang mak, ibu, mama, umi kepada anaknya
Selalu kita dengar bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjaya bukanlah untuk 'mendapat' tetapi 'memberi'. Seorang mak yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih sayang kepada anaknya berbanding seorang chef yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.
Memberi itu lebih gembira daripada menerima apabila memberi dengan kasih sayang. Dan orang yang melaksanakan satu kerja dengan gembira....pasti berkualiti dan nilainya tinggi. Niat untuk memberi itu lebih dekat dengan ikhlas. And Ya! Maklah manusia yang paling ikhlas berbakti untuk anaknya!
Masih saya ingat lagi, hari tu mak datang semata-mata bawakkan makanan. Mak cakap mak risau saya buat kerja sampai tak makan then muntah-muntah. Mak cakap mak tak dapat tidur. Hati mana yang tak luluh mendengar. Jiwa mana yang tak meronta meratap. Maaf mak, adik tak berniat untuk buat mak risau....adik tak sengaja....Bukan sekali mak datang, esoknya mak datang lagi dengan abah dengan alasan yang sama. Mak bawakkan makanan! Allah....:'( Terima kasih mak.....
i never thank you enough for listening to me..
i never thank you enough for protecting me from the things i shouldn't do..
i never thank you enough for guiding me in the right path..
i never thank you enough for putting up with my mood swings and arrogance..
i never thank you enough for without a doubt being there for me..
i never tell you enough how much I LOVE YOU MOM....
you mean the world to me, but i don't tell you enough...
but no matter what, I ALWAYS LOVE YOU MOM...
no matter how much we argue, or how much you anger me...
"I'LL LOVE YOU TILL THE DAY I DIE "
Selamat Hari Lahir MAK....I will always LOVE you...more and more and more everyday...
THANK YOU FOR EVERYTHING MOM...
YOU'RE THE MOST WONDERFUL WOMEN I HAVE EVER MET!