Nuffnang Ads

Friday, October 18, 2013

Pementasan Seni Dalam Pendidikan

Bismillah....Assalamualaikum semua..:)

Sangat2 lama tak hadap blog ni..kesian dia..ima ni memang angan2 je tinggi tapi kadang2 tak tertunai jugak... typical human i guess..:)
So ima mulekan dengan cerita ima sem ni.. sebagai seorang bakal guru op cos la ima kene siapkan diri dengan segala ilmu serba serbi..walaupun ima trgolong dalam golongan guru2 agama tapi di ipg ni..ima tetap jugak kene blaja muzik, seni, sukan and so on..
Nak dijadikan cerita, sem ni ima kene ambil subjek Seni Dalam Pendidikan...masa mule2 nak belajar tu rasa takot + teruja la jugak sebab mostly tengok senior2 ambil subjek ni sangat tough. sebabnye dalam subjek ni kitorang kena hasilkan sebuah topeng mengikut watak-watak yang dah kitorang pilih untuk buat pementasan. See? rasa tak bebannya? kena buat topeng dan berlakon dengan topeng2 sekali..tak pernah kot! Sheeraammm yeeehh...

Ok..so lepas berbincang dengan ahli kumpulan yang awesome ima pilih untuk ambil watak burung.. feeling feeling cecomel gituhh kann haa. sebabnyer ima dah terbayang nak buat topeng tu cemane bulat je. senang. hahahah...

PROSES PEMBUATAN

mula2 macam blur2 nak buat topeng ni tapi sediakan dulu ape-ape bahan yang nak digunakan and zzap pegi beli mana yang perlu. untuk buat topeng burung ni...ima guna belon, surat khabar, gam polistrine, towel, bulu2 (tatau nama), kain felt and kain span.




First step ima tiup belon dulu...agak2 besar and muat untuk masuk kepala sudah la..haa sebelom tu ima koyakkan surat khabar jadi cebisan dan rendam dalam gayung. pastu belon yang dah ditiup tu ikatlah ketat-ketat cikit untuk lambatkan angin dia kuar. lepas tu ima guna cebisan kertas surat khabar yang dah direndam tadi untuk tampalkan pada belon..tapi jangan tampal banyak-banyak! selapis-selapis...haa memang memerlukan kesabaran sikit la buat menatang nihh...lepas dan tampal lapisan pertama paper pada belon tu...ima lumurkan pulak dengan gam polistrine. hasilnya cam kat bawah nih



Lepas tu kalau korang tak nak jemur kat matahari sebab takot meletup ke hape..buat mcm ima ni...ima keringkan dekat kipas je....sebabnyer ima tak tunggu dia kering sangat...agak2 da kering sikit ima ambil and tampal dengan cebisan kertas sekali lagi (petua dari my buddy) sebagai lapisan kedua...sebab kalau kita tnggu kering sangat...susah cikit lapisan yang sterusnya nak lekat..then ulang2 buat benda yang sama sampai beberapa lapisan....pastu pastikan dah betul2 keras baru bleh stop tampal lapisan tu..

kemudian, ima biar sampai betul2 kering...kalau dengar cerita kawan-kawan ima..ad yang meletup laa...ad yang tak muat masuk kepala laa macam2 lagi....tp overall Alhamdulillah ima punya belon masih tak pecah sampai besoknya..

kalau korang nak warna pn boleh tp ima tatau macamne kawan2 ima yang warnakan topeng dorang buat cemane...sbbnya kalau ima lepas kering ni...ima terus balut dengan tuala.. ima balut keseluruhan kertas ni...tp sebelum tu jangan lupa untuk buat lubang mata dan mulut...kang tak leh benafas la pulak! untuk jadikan dia lebih nampak comel, ima tambah gumpalan tisu sebagai pipi....nampak ckit pipi bammbamm kaan huhuuu....


ok pastu ima buat mata dia guna kain felt and muncung guna kain span....kire ok laa...jadi la jugakkn huhuuu...lastly ima touch up kan dia dengan bulu-bulu..nampak cikit macam seekor burung kan....tp topeng burung ni pelik cikit sebab dia versi katon sbb warna blue....ahahahaa

And tadaaa!! siap dahh...!



HARI PEMENTASAN

debar tak sudah mase nak buat pementasan ni...ape tak nya berlatih pun cuma skali malam sebelum hari pementasan yang sebenar. takot lupe skrip. takot lupe step. takut lupe lirik..sume rasa ada...tp Alhamdulillah ima and ahli kumpulan dapat menyampaikan pementasan ini dengan baik....

thats it! ima puas hati! yang penting da lepas kaann...kaannn..... :)

see my scary eyes? hahaaa

my group
the beloved and happening classmates :)

Wednesday, October 2, 2013

cita-cita

setiap kali nak exam or tengah buat esaimen...perasaan untuk berblog sering membuak-buak.....tapi bila dah submit esaimen dan x da kerja nak buat....kemalasan pula datang menjelma....
moga-moga tercapai niat untuk memenuhkan blog ini dengan cerita-cerita yang dah sekian lama terkumpul... Moga-moga......

Monday, September 23, 2013

BEST FRIEND... :)




Accept you as you are.
Believe in having fun.
Cherish time together.
Dream big dreams.
Enrich, comfort and delight.
Follow up and follow through.
Grow forever memories.
Honor each other's feelings.
Invite you into their hearts.
Just call to say "How are you?"
Know when something's up.
Love you, no matter what.
Multiply joys, and divide sorrows.

                    


Nurture each other's souls.
Overcome adversity together.
Pick you up when you are down.
Quickly forgive and make up.
Remind you of your greatness.
Smile when they think of you.
Thrive on shared trust.
Understand when to 'just' listen.
Value time together.
Walk with you, side by side.
Xplains things you don't understand.
Yearn to stay connected.
Zaps you back to reality
                          


Thursday, September 12, 2013

Pesanan



Aku gadis biasa.
Yang tidak punya apa.
Masih bertatih mencari redha,
masih mentafsir erti bahagia.
Tidak bergaya,
tidak mesra dan kadangkala
tidak peduli apa kata orang padaku.
Hidup bukan untuk membuat orang
suka kerana redha Allah bukan
pada redhanya manusia.
Jika aku leka, tegurlah.
Jika aku lupa, ingatkanlah.
Kerana aku hanyalah gadis biasa.
Tidak mungkin sempurna.

Sunday, September 8, 2013

until you return - ft island





That we weren't so, that we would be different, was what I thought

Even while knowing of separation, an unending love was what I expected
As though separation had been waiting for me, like a planned story
Like an unexpected rain, separation has made me cry

Until you return, I'll wait
Until you return, I'll cry for just a bit
If it rains, whether they're tears or rainwater, no one will know

Until when do I have to wait?
Until when do I have to hurt?
Even if I hurt enough to die and hurt even more, I'm going to wait
Until you return

That it wasn't the end, that it wouldn't be the end, was what I thought
Like an unexpected rain, separation has made me cry

Until you return, I'll wait
Until you return, I'll cry for just a bit
If it rains, whether they're tears or rainwater, no one will know

Until when do I have to wait?
Until when do I have to hurt?
Even if I hurt enough to die and hurt even more, I'm going to wait

Everything's just as it was
The people are just as they were
Then why in the world is the one I love not here

That you only loved me, was what you said to me
Let's be forever, was what you promised
That you'd love only me even in death, you promised
Don't Goodbye, Say Goodbye, Don't Goodbye

My love, can be for only you
My tears, can be for only you
If a year passes, even if ten years pass, I'm going to wait for you

Until when do I have to wait?
Until when do I have to hurt?
Even if I hurt enough to die and hurt even more, I'm going to wait
Until you return

p/s: cry world

Saturday, September 7, 2013

Selamat Hari Lahir MAK

'Air Tangan Ibu'

Masakan Mak adalah masakan yang paling sedap. Begitulah selalunya yang dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah sesiapa yang berjauhan dari mak mesti merindui masakannya. Saya pun tak terkecuali. Rindu masakan mak adalah sesuatu yang sangat sukar ditandingi. Walaupun kadangkala kita pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tapi itu sume tak boleh menandingi masakan mak. Mengapa?

Kata orang, itulah penangan 'air tangan'. Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakkannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan mak, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.

Tapi betol ke air tangan tu yang bagi kelazatan pada makanan? betol ke macam tu? Sebenarnya bukan macam tu...air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Tetapi, air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih sayang seorang mak, ibu, mama, umi kepada anaknya

Selalu kita dengar bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjaya bukanlah untuk 'mendapat' tetapi 'memberi'. Seorang mak yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih sayang kepada anaknya berbanding seorang chef yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.

Memberi itu lebih gembira daripada menerima apabila memberi dengan kasih sayang. Dan orang yang melaksanakan satu kerja dengan gembira....pasti berkualiti dan nilainya tinggi. Niat untuk memberi itu lebih dekat dengan ikhlas. And Ya! Maklah manusia yang paling ikhlas berbakti untuk anaknya!

Masih saya ingat lagi, hari tu mak datang semata-mata bawakkan makanan. Mak cakap mak risau saya buat kerja sampai tak makan then muntah-muntah. Mak cakap mak tak dapat tidur. Hati mana yang tak luluh mendengar. Jiwa mana yang tak meronta meratap. Maaf mak, adik tak berniat untuk buat mak risau....adik tak sengaja....Bukan sekali mak datang, esoknya mak datang lagi dengan abah dengan alasan yang sama. Mak bawakkan makanan! Allah....:'( Terima kasih mak.....



i never thank you enough for listening to me..
i never thank you enough for protecting me from the things i shouldn't do..
i never thank you enough for guiding me in the right path..
i never thank you enough for putting up with my mood swings and arrogance..
i never thank you enough for without a doubt being there for me..
i never tell you enough how much I LOVE YOU MOM....
you mean the world to me, but i don't tell you enough...
but no matter what, I ALWAYS LOVE YOU MOM...
no matter how much we argue, or how much you anger me...
"I'LL LOVE YOU TILL THE DAY I DIE "

Selamat Hari Lahir MAK....I will always LOVE you...more and more and more everyday...
THANK YOU FOR EVERYTHING MOM...
YOU'RE THE MOST WONDERFUL WOMEN I HAVE EVER MET!


Friday, August 30, 2013

Learn

in order to be a better person.

in order to live your life happily.

kita kena penuhkan dengan rasa CINTA dan SAYANG.

pada semua.

pada sekeliling.

learn to memaafkan seperti mana kita ingin dimaafkan.

learn to smile.

learn to dance in the rain.

then,

we'll see what a wonderful world we have...........!!

p/s: do it! trust me :)